Followers

03 April 2012

Bola Sepak vs Badminton


Serius aku cakap enrty kali ni tidak akan menyentuh apa hal peribadi pun. Cuma saja nak khabarkan berita gembira kepada peminat komik di seluruh Malaysia.

Komik? Kan di Malaysia banyak syarikat komik yang terkenal. Majalah komik macam Ujang, Gempak, dan yang terbaru ialah Komik-M. Demi untuk menaikkan minat sukan di dalam hati setiap rakyat Malaysia. Dua syarikat komik terbesar iaitu Gempakstarz dan Komik-M telah menerbitkan komik berjenis sukan.

Komik-M sudah mempunyai pelbagai jenis komik sukan seperti Shootz, Smash 20, etc. Walaupun begitu untuk kali ini mereka (Komik-M) telah menghasilkan komik sukan bertokoh. Siapa tokohnya? Dia adalah seorang pemain bola sepak yang terkenal di Malaysia. Kini dia berada di Indonesia dan menyertai kelab Pelita Jaya FC. Dia juga seorang striker di Pelita Jaya FC dan Malaysia. Kehebatan dia sering dibandingkan dengan Super Mokh. Dah cukup klu yang aku beri tu. Siapakah dia? Dialah Mohd Safee Mohd Sali aka Safee Sali. 


Super Safee telah dilancarkan semalam (1 April 2012). Dilukis oleh Froggypapa. Froggypapa ni femes dengan komik Babap Boi dan juga Lawak Orang Bujang

Gempakstarz pun tidak ketinggalan melancarkan komik terbarunya. Sama seperti Komik-M yang menjadikan tokoh sebagai watak utama dalam komik. Siapa dia? Sat aku bagi klu la. Seorang pemain badminton Malaysia yang terkenal. Pemain badminton number 1 di Malaysia. Sering kali bermain sebagai pemain single. Pernah menjuarai 2 All-England championship. Siapakah dia? Dia adalah Datuk Lee Chong Wei.


Pelukisnya ialah tadatada. Tadatada memang femes dengan komik Monster Girl. 

Apa lagi yang korang tunggu? Kumpul duit. Beli dua komik ini. Itu sahaja la untuk hari ini. See another season entry.

Sokonglah buatan Malaysia.