Mungkin ramai yang tahu (atau tidak) yang aku bekas pelajar SPM. Selepas mendapat result SPM ramai la yang duduk depan PC semata-mata nak dapatkan tawaran belajar. Tak cukup dengan UPU dan Matrik, kolej pun ramai orang try. Hal ni nak tambah peluang. Manatau tak dapatkan? Never mind, just pray to God. Tapi sekarang semua result dah keluar da. Boleh la ushar-ushar.
Dan keputusannnya?
Aku dapat matrik dan UiTM. Selepas fikir 2-3 hari aku pilih la. I choose you, UiTM
Reason aku nak try keluar dari zon keselesaan la. Bukan maksud aku matrik tu senang tapi nak cuba belajar di negeri orang. Destinasi aku ialah di UiTM Puncak Alam. It's ok. It's near from my friend's house.
Dan mula da, semua kena siapkan. Kawan-kawan aku dah ramai mula buat persiapan. Harap semua dapat selesai dengan lancar.