I'm sorry for this entry I'll use Bahasa Melayu.
Aku tak tau la Penulis nak merepek apa. Baca dan renungkan
Apabila aku taip entry ni mesti teringat vlog Anwar Hadi. Memula masa aku tengok aku pun terfikir juga penggunaan Bahasa Melayu yang semakin melalut lagi pelik.
Aku tak kisah korang nak guna Bahasa Rojak asal orang yang membaca tu boleh faham isi apa yang korang nak sampaikan. Tak aku nafikan aku pun gunakan Bahasa Singkatan (BS) ni. Berapa banyak Bahasa Singkatan dan Bahasa Rojak yang aku gunakan di entry ni. Cuma aku tak berapa suka korang yang berbangsa Melayu guna Bahasa Singkatan yang korang je boleh faham. Kalau macam tu, baik korang monolog sesorang. *seriously, aku sering bermonolog /foreveralone.jpg
Mungkin ada yang kata, "ala, nak singkatan huruf je la. Nanti kalau panjang-panjang, diorang mesti tak dapat baca. Pointing to Some Message is missing." Memang la nak jimat. Tapi jimat jenis berakal sedikit la. Kalau tak jadikan x tu aku pun tak kisah. Aku pun guna je. Tapi aku lebih berminat menggunakan perkataan yang sebenar bagi mengelakkan salah faham. Tak kisah la ambil masa yang panjang ke pendek ke asal penerima faham suda la.
Lagi satu stail mesej aku memang aku selalu dapat dari kawan aku, di mana Anwar Hadi pun cakap. Penggunaan berlebihan huruf. Ala yang A jadi EW. Ni kurang la sikit ada dapat melalui mesej sebab sebab sebab *bersambung selepas satu jam* aku kurang dapat mesej dari kawan. Atau aku yang kedekut dalam duit ni. Tapi yang ni aku tak kisah sangat cuma aku cakap kat member aku, "eh bro, ko mesej macam ew ew. Lawak seh. Apew la ko niew. Aku pikir ko memang lawak ar." Aku tak boleh buat Bahasa Eww. /fail.jpg
Dan paling hebat dalam mesej ialah Mesej Berantai. Ala, benci aku dengan mesej berantai ni. Saja nak abiskan duit aku je. Paling tak boleh terima tu penggunaan nama Allah sebagai contoh Demi Allah saya, bla bla.. Aku pernah tanya juga pada Ustaz aku pasal surat berantai ni. Beliau menyatakan tidak perlu hantar.
Aku memang tak suka hantar surat berantai ni sebab apa?
Reason pertama : Abiskan duit.
Reason kedua : Kenapa nak percaya mesej tu? Bukankah kebahagian terletak di tangan Allah?
Reason ketiga : Buang masa korang je. Forward ke 10 orang.
Pesanan aku :
Gunakan Bahasa Melayu yang betul. Aku tau agak sukar nak guna sebab nampak macam formal sangat. Tapi at least kurangkan la penggunaan Bahasa Singkatan tahap Zombie tu. Supaya penerima takkan salah faham. Aku tau aku pun gunakan bahasa singkatan tapi tak la tahap zombie tu. Btw, nak tengok vlog Anwar Hadi tu?
Minta maaf jika aku terkasar dalam entry ini
I like your vlog, AnwarHadi